print this page
POST TERBARU

Tidak Sah Rujuk, Sham Kamikaze & Isteri Telah Cerai Setahun Yang Lalu



Menarik kisah sekitar penceraian Sham Kamikaze & Faraliza Abdul Jabar di’mana pasangan ini telah di’sahkan bukan suami isteri semenjak 1 September 2011 yang lalu.
Kisahnya, Sham Kamikaze pernah melafazkan cerai terhadap Farazila pada 1 September 2011 namun kembali rujuk pada 16 September tahun sama tanpa merujuk mahkamah.
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini mengesahkan yang pasangan ini sudah bukan suami isteri sejak tarikh lafaz cerai tersebut kerana rujuk tidak mengikut mazhab Syafie.
Dalam laporan mStar Online hari ini, pasangan ini telah kembali tinggal bersama selepas ‘rujuk’ sehingga Farazila memfailkan penceraian pada 30 Ogos 2012 yang lalu.
Oleh kerana status suami isteri mereka sudah tidak wujud sejak setahun lalu, mahkamah arahkan Farazila membatalkan permohonan cerai yang telah di’buat sebelum ini.
“Secara dasarnya ada hikmah saya memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos lalu kerana ia telah menyelesaikan kes lafaz cerai dan rujuk yang dibuat oleh dia (Sham) sebelum ini.
“Saya lega kerana segala-galanya telah selesai hari ini (Khamis) dan berharap akan lebih tenang selepas ini,” kata Farazila kepada media ketika di’temui di luar mahkamah, semalam.

Sumber - maklumat.my

Legenda Bola Sepak Negara Ghani Minhat Meninggal Dunia



Legenda bola sepak negara, Tan Sri Ghani Minhat meninggal dunia akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.34 pagi tadi. Allahyarham berusia 77 tahun dan meninggalkan balu, Puan Sri Tuan Aishah Tuan Ibrahim dan empat anak.
Pengurus Perhubungan Media Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Muhamad Aiman Aminul memberitahu Sinar Harian Online, jenazah akan dibawa ke kediamannya di 62A Pantai Indah 9/2 Putra Height dan dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21 selepas solat Jumaat.
"Sebenarnya selepas menjalani pintasan jantung pada Ahad lepas, keadaan Allahyarham kritikal dan berada dalam keadaan koma.
"Pagi ini keadaan Allahyarham semakin tenat dan menurut laporan doktor, saluran jantung Allahyarham mengalami kerosakan dan mungkin kerana faktor usianya yang sudah lanjut, beliau tidak mampu bertahan,” katanya.
Tambah Aiman sepanjang hayatnya, Allahyarmah begitu aktif mengikuti setiap aktiviti bersama yayasan itu dan kali terakhir mengikuti program Yakeb adalah ketika melakukan kunjungan terhadap bekas kapten skuad Olimpik Munich 1972, Datuk M Chandran di Hospital Kuala Lumpur pada 18 September lalu bersama beberapa bekas pemain Reduan Abdullah, Datuk Khaidir Buyong, Zulkifli Norbit dan Kamarulzaman Yussoff.
“Ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar buat negara dan amat dirasai. Allahyarham terlalu rapat dan begitu aktif bersama Yakeb,” katanya.
Ghani Minhat seorang penyerang hebat yang mewakili negara pada 1956-1963 dan mewakili Selangor pada 1955-1968.
Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.
Beliau dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan pada 1959 dan Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Sumber : sinar harian

Nik Aziz Lelong Tongkat Jana Dana PRU13


Nik Aziz menggunakan tongkat, yang dilelong, semasa berjalan untuk menemui orang ramai yang mengikuti kuliah mingguan di sini, baru-baru ini.

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara sukarelanya melelong tongkat yang digunakan sejak sekian lama untuk untuk menaja dana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengumuman berkenaan dibuat kira-kira pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini.

Sejurus itu Nik Aziz menyerahkan tongkat kesayangan tersebut kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu.

Nik Aziz berkata, sebelum ini wakil Pas Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.

“Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana bagi pilihan raya umum nanti,” katanya hari ini.

Ribuan orang mengikuti kuliah tersebut berdiri sebagai sokongan terhadap tindakan Nik Aziz yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan.

Sumber : sinarharian

(Gambar) Roti Buaya








(Gambar) Durian Isi Merah



  


Sumber : melayukini.net

(Cerita Lawak ) Kisah 10 Buah Yang Sama

Tiga orang lelaki telah tersesat dan masuk ke dalam satu perkampungan orang asli yang suka makan daging manusia. Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.



Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. “Ah.. nie simple punya keje”.. kata mereka dalam hati.
Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, ” Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!” Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.
Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.
Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. “Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?” tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, “Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa 10 biji buah durian!!”


Petani Kerjaya Terbaik Dalam Islam?



Firman Allah s.w.t dalam surah Al-A'raf ayat 58, yang bermaksud: " Dan tanah yang baik, tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur."
 Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 266, yang bermaksud: "Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya."

Di zaman serba moden ini, sektor pertanian semakin terpinggir kerana kemajuan kerjaya lain yang telah berkembang maju dan mendapat pulangan yang lumayan. Namun sektor pertanian adalah antara yang tertua dan paling kurang berisiko. Di sana ada tiga profesion yang popular dilakukan oleh manusia kini iaitu pertanian, perdagangan dan sektor pembuatan perindustrian. Demikian menurut pendapat Imam Al-Mawardi.
Para ulama' berselisih pendapat tentang manakah yang paling baik dari ketiga-tiga profesion ini. Mazhab As-Syafei berpendapat bahawa pertanian adalah yang paling baik. SedangkanImam Al-Mawardi dan Imam An-Nawawi berpendapat bahawa bercucuk tanam yang paling baik kerana alasan berikut:
PERTAMA
Bercucuk tanam adalah merupakan hasil usaha tangan sendiri. Dalam Kitab Sahih Al-Bukhari disebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil tangannya sendiri dan adalah Nabi Daud a.s memakan dari hasil tangannya sendiri. " Dan yang benar adalah apa yang dinaskan oleh Rasulullah s.a.w iaitu hasil tangannya sendiri. Maka bercucuk tanam adalah profesion terbaik dan paling utama kerana merupakan dari hasil tanaman sendiri.
KEDUA
Bercucuk tanam memberikan manfaat yang umum kepada ummah, khususnya kaum muslimin bahkan juga bidang ternakan. Kerana menurut hukum, manusia bergantung sumber kehidupan kepada pertanian dan penternakan. Makanan tersebut tidaklah diperolehi melainkan dari hasil tanaman, tumbuhan dan ternakan. Dalam hadis riwayat Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari tanamannya tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, tidaklah seseorang merampas tanamannya melainkan bagi penamamnya menjadi sedekah."
Dalam hadis riwayat Muslim yang lain menyebut, ertinya: " Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat." Dalam riwayat lain disebutkan: " Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman dan pohon kemudia dimakan oleh manusia, haiwan atau sesuatu melainkan penanamnya menjadi sedekah."
KETIGA
Bercucuk tanam lebih dekat dengan tawakal. Ketika seseorang menanam tanaman maka sesungguhnya dia tidaklah berkuasa atas sebiji benih yang dia semaikan untuk tumbuh, dia juga tidak berkuasa untuk menumbuhkan dan mengembangkan tanaman itu menjadi tanaman. Tidaklah dia berkuasa membungakan serta membuahkan hasil tanaman tersebut. Kesemua urusan ini terletak di dalam kekuasaan Allah. Disini nampaklah nilai tawakal manusia kepada Allah Azza Wajalla.
As-Syeikh Zakaria Al-Ansari berkata: Mata pencarian yang paling utama ialah bercucuk tanam kerana lebih dekat dengan nilai tawakal dan ianya juga memberikan manfaat yang umum bagi semua makhluk dan secara umumnya manusia amat memerlukan kepada hasil pertanian. Al-Zarkasyi mengatakan bahawa semua manusia memerlukan kepada makanan dan tidak ada kehidupan tanpa makanan.

Sumber : iluvislam.com



Tip Gembira Sepanjang Masa



Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. 
Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan semua orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.

Sumber : iluvislam.com

Bekerja Tanpa Meninggalkan Tuntutan Agama



Setiap hari kita bertungkus lumus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan hidup seharian. Ada yang bekerja bagi memenuhi keperluan asas. Ada yang bertungkus lumus bekerja untuk menikmati kesenangan dan kemewahan hidup.
Anda merupakan golongan yang mana? Sudah tentu anda tahu jawapannya. Dalam kesibukan mencari rezeki dan mengejar kemewahan, jangan kita alpa dan lalai dari mengingati-Nya, jangan kita lupa tuntutan yang lebih utama iaitu mengerjakan perintah agama dan mengejar kemewahan di akhirat kelak. Inilah tujuan utama manusia dihidupkan di muka bumi Allah SWT.  Berikut adalah beberapa tips untuk bekerja tanpa meninggalkan tuntutan agama:
1) Memasang niat yang baik
• Keluar mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga kerana Allah SWT. Hati akan menjadi tenang sepanjang waktu bekerja jika dimulai dengan niat yang baik dan semata-mata kerana-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 162 yang bermaksud:
"Katakanlah Muhammad, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam."
• Sesungguhnya adalah menjadi rugi sekiranya kita keluar bekerja setiap hari mencari nafkah untuk isteri, anak-anak, dan keluarga  jika tidak berniat bekerja sebagai ibadah. Alangkah baiknya jia kita berniat keluar bekerja kerana Allah, kita pasti mendapat pahala sepanjang bekerja dan mendapat rezeki yang berkat.
2) Jujur dan amanah semasa bekerja
• Ini juga merangkumi penggunaan waktu bekerja. Kita hendaklah memaksimumkan waktu bekerja dengan sebaik-baiknya seperti mengelakkan diri kita keluar menikmati sarapan pagi dan makan tengahari yang terlalu lama. Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh, jujur dan amanah agar kerja yang dilaksanakan selesai dan rezeki yang diterima diberkati.
• Bekerja dengan bersungguh-sungguh bermaksud melakukan kerja di tempat kerja sehabis baik. Orang yang gagal dalam melakukan kerja tidak akan berputus asa sekiranya ada kesungguhan semasa bekerja. Bekerjalah bersungguh-sungguh supaya kerja yang kita lakukan seharian akan memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang baik adalah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

3) Membasahkan lidah dengan zikir dan doa semasa bekerja
• Ketika kita sibuk bekerja, pastikan dalam masa yang sama hati dan lidah juga turut seiring berzikir kepada Allah SWT. Perkara tidaklah susah untuk dilakukan, cuma ia perlu sentiasa diamalkan dan dibiasakan agar ia menjadi sebati dalam tindakan kita. Di samping itu, kita juga dituntut mengamalkan Solat Sunat Dhuha untuk memohon keberkatan dari-Nya dan mohon dimurahkan rezeki yang halal lagi baik.
 
4) Tidak melengahkan solat fardhu
• Solat fardhu merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan merupakan tiang agama. Jika kita amati, terdapat sebilangan manusia yang terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sedar waktu solat berlalu begitu sahaja bahkan yang lebih teruk lagi langsung tidak menunaikan solat fardhu. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan ini. Sesungguhnya, kita tidak boleh menunggu waktu lapang tetapi kita yang perlu melapangkan waktu untuk menunaikan tuntutan solat fardhu. Ingatlah, dalam kesibukan kita menjalankan tanggungjawab terhadap kerja dan memenuhi kehendak majikan, jangan sesekali ingkar dan lalai akan perintah-Nya. Sesungguhnya, Allah SWT adalah majikan kepada seluruh manusia.

 

5) Menggunakan gaji atau upah ke jalan yang baik
• Kita hendaklah membelanjakan gaji atau upah yang diterima dengan sebaik mungkin. Manfaatkanlah gaji atau upah yang diterima dengan bijak untuk menyara diri dan keluarga, membantu ibu bapa, membayar zakat dan simpanan di masa memerlukan. Di samping pastikan diri kita tidak lupa peruntukkan sebahagiannya untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan dan ke jalan-jalan kebaikan. Sesungguhnya rezeki yang kita terima itu adalah milik Allah SWT dan Allah pasti akan memberikan ganjaran kepada setiap kebaikan yang kita lakukan, Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' ayat 132 yang bermaksud :
"Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi. Cukuplah Allah sebagai pemelihara."
Mudah-mudahan rezeki yang diterima akan menjadi halal lagi baik berkat usaha kita yang sentiasa bekerja tanpa meninggalkan tuntutan agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran di depannya, maka ubahlah dengan tangannya, dan jika tiada kemampuan ubahlah dengan lidahnya, dan jika tiada kemampuan, ubahlah dengan hati, dan inilah selemah-lemah iman."
Semoga artikel ini dapat mengingatkan diri penulis dan semua pembaca untuk memperbaiki diri kita semasa melakukan kerja tanpa meninggalkan tuntutan agama.

Sumber : iluvislam.com

Bergerak Yang Membatalkan Solat



Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.
Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kpeada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul:
فَارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ……ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا
Maksudnya: “ ulangi solatmu dan solatlah sessunghuhnya engkau belum menyempurnakan solatmu……kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.”
(Riwayat al-Bukhari)

Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakn besar menurut mazhab Syafie.
Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-
  1. KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.
  2. KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.
  3. KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat. BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.
  4. KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata beliau
وهو الأصح وقول الأكثرين
Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.
Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat. Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.
Sekian

Sumber : zaharuddin.net

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BlogSokmo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger