Bayaran Ciput Punca Kak Engku Bersara Berlakon?



KUALA LUMPUR, 26 SEPT 2012: Selepas mengaku masih berpegangan tangan dengan bekas suaminya, Adzmin sekalipuin sudah bercerai, penyampai Sinar FM, Raja Azura atau senang disapa Kak Engku mengesahkan bahawa dia sudah pun bersara daripada dunia lakonan.
Bagaimanapun, hasrat untuk bersara itu bukanlah dilakukan buat selamanya tetapi hanya untuk sementara waktu saja kerana dia mahu fokus dalam bidang pengacaraan selain kerjaya sebagai penyampai radio tetap.
"Saya tidak pun kecewa dalam lakonan. Tetapi, saya mahu fokus dengan kerjaya lakonan. Malah, saya mahu memberi peluang pelakon yang sedia ada untuk mengembangkan kerjaya lakonan mereka. Lagipun, tawaran yang diterima dalam bidang pengacaraan lebih banyak berbanding bidang lakonan.
"Memang benar. Pengacaraan lebih meriah bayarannya. Untuk bayaran sebagai pelakon pula tidak mengikut pengalaman. Sepatutnya, pihak produksi kena membuat satu bayaran tetap bagi pelakon yang sudah banyak pengalaman.
"Mereka perlu lihat pada kualiti. Untuk berlakon banyak sangat menggunakan masa. Saya pun tidak mahu mengganggu produksi hanya semata-mata mahu mengikut masa saya," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Kak Engku turut memberitahu bahawa faktor utama dia tidak lagi menerima tawaran berlakon adalah kerana anak-anaknya.
"Saya sudah 25 tahun terlibat dalam dunia lakonan. Sepatutnya mereka dah tahu nilai bayaran yang sepatutnya saya terima sebagai pelakon. Saya ini bukanlah seorang yang mata duitan. Tapi, pihak produksi kena sedar dan mengeluarkan satu rate yang tetap untuk pelakon-pelakon senior.
"Industri kita pun bukannya merosot. Lebih sedih lagi, sudahlah kita berlakon tetapi tidak mendapat sebarang royalti. Terus-terang, bayaran yang ditawarkan segelintir syarikat produksi terlalu murah sangat-sangat. Ada ke patut, pegang watak utama hanya menerima bayaran sebanyak RM5,000 saja?," jelasnya yang kali terakhir berlakon dalam drama Daging Batang Pinang di Astro Warna.
Pun begitu, menerima hakikat bahawa inilah asam garam industri hiburan tempatan, Kak Engku menafikan dia kecewa.
"Kalau nak kata saya kecewa, banyak lagi pelakon-pelakon senior lain yang kecewa. Inilah lumrah dunia. Sekarang ini, saya dah buat keputusan hanya berkerjaya sebagai penyampai radio dan pengacara TV saja," ujarnya panjang lebar.

Sumber : murai.com.my
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BlogSokmo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger