Jualan Galaxy S3 Melangkaui Angka 20 Juta Unit Dalam Tempoh 100 Hari


Samsung terus mengukuhkan penjualan mereka walaupun menghadapi pelbagai kes saman. Mengikut laporan terbaru daripada syarikat gergasi Korea Selatan itu, kini peranti Samsung Galaxy S3 mereka telah pun sedia terjual sebanyak lebih daripada 20 juta unit dalam tempoh hanya 100 hari sejak ia dilancarkan.
Samsung turut sama mengatakan, Galaxy S3 merupakan telefon pintar dengan jualan paling tinggi buat masa ini, sekaligus menetapkan rekod yang baru dengan jualan yang lebih tinggi dan pantas berbanding generasi sebelumnya.
Galaxy S3 membawakan skrin sebesar 4.8-inci, cip pemprosesan 1.4GHz Cortex-9, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.9-megapixel pada bahagian hadapan, dan bateri berkapasiti 2100 mAh. Berbeza dengan peranti Android lain, Samsung turut sama menyertakan beberapa penambahan padanya, termasuk sokongan S-Voice, Smart Stay dan pelbagai fungsi lain padanya.
Sumber : amanz.my
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BlogSokmo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger