Robert Pattinson Mahu Kristen Stewart Mengahwininya



LOS ANGELES, 26 SEPT 2012: Bagi Robert Pattinson,26, tiada cara lain yang boleh dilakukan oleh Kristen Stewart demi menunjukkan rasa kesal terhadap kecurangannya serta perasaan cintanya yang begitu mendalam terhadap aktor kelahiran British itu.

Bagi Robert Pattinson, caranya sangat mudah. Kristen Stewart harus melakukan komitmen yang cukup serius iaitu dengan mengahwininya. Dengan cara itu, Robert Pattinson mampu memaafkan kekasih hatinya itu.

"Rob beritahu Kristen supaya mengahwininya. Bagi Rob, itu saja caranya untyuk dia memaafkan Kristen. Malah, dengan cara itu juga dia dapat melihat sendiri apakah Kristen juga benar-benar serius dengannya.

"Tidak ada sebab untuk Rob kembali pada Kristen seandainya Kristen tidak serius. Bagi Rob, Kristen benar-benar cukup bermakna di dalam hidupnya.

"Selama ini pun, Rob telah cuba sedaya upaya untuk memastikan hubungan ini berjaya. Dia juga sudah lama mahu mengahwini Kristen. Tapi, semua ini tidak akan menjadi kenyataan seandainya Kristen sendiri tidak mahu," kata sumber memberitahu.

Robert Pattinson dan Kristen Stewart mula menjayakan filem Twilight pada 2008 dan sejak itu mereka telah menjalinkan hubungan cinta. Namun, kisah kecurangan Kristen Stewart bersama pengarah Rupert Sanders kemudian hangat diperkatakan.
Kecewa dengan perbuatan kekasih hatinya itu, Robert Pattinson mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan cinta mereka. Namun, hubungan cinta mereka kembali bersemi semula selepas Kristen Stewart mengaku menyesal dengan perbuatannya.

Sumber : murai.com.my
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BlogSokmo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger