Roman Tawar £45 Untuk Falcoa


Chelsea meletakkan tawaran untuk Falcao.

Chelsea merancang membuat sambaran £45 juta untuk superstar Colombia, Radamel Falcao.
 
Rundingan awal telah berlaku berhubung perpindahan Januari bagi mesin gol Atletico Madrid itu.
 
Dan pemilik Blues, Roman Abramovich memberikan lampu hijau kepada bidaan formal selepas menyaksikan Falcao membenam Chelsea dalam Piala Super UEFA bulan lepas.
 
Juara Eropah itu kini yakin mereka tidak boleh mencapai cita-cita dengan hanya Fernando Torres sebagai striker solo di barisan hadapan.
 
Mereka sudah mengadakan rundingan dalaman untuk membincangkan mengenai cara terbaik bagi membuat langkah Falcao apabila jendela perpindahan dibuka semula pada Januari.
 
Sumber Chelsea mengakui, "Asas rundingan sudah dilakukan untuk Falcao."
 
"Pemilik mahu segala-galanya selesai sekarang agar perjanjian boleh dilakukan sebelum mana-mana kelab lain membuat tawaran balas."


Sumber : wiselonline

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BlogSokmo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger