Selami Fantasi Seks Wanita


Wanita yang berfantasi seks ketika terangsang dikatakan lebih mudah untuk mengalami orgasma.  Berikut adalah sebahagian daripada imaginasi wanita tentang seks.  Apa yang pasti ia tidak ekstrem seperti imaginasi golongan lelaki :



Bersifat Umum
Lelaki lebih memfokuskan fantasinya kepada aktiviti dan organ tubuh.  Sementara fantasi seks wanita pula selalunya lebih bersifat umum.  Mereka jarang menggambarkan fantasi seks mereka secara detail seperti lelaki.

Fokus Pada Seorang Saja
Bagi wanita fantasi seksnya adalah dengan orang yang paling dicintainya.  Cuma yang berbeza adalah tingkah laku dalam fantasinya dan perkara inilah yang dikatakan mungkin lebih liar daripada lelaki.

Lokasi Romantis
Antara perkara yang selalu dibayangkan wanita adalah imaginasi seks mereka adalah tempat yang eksotik dan romantik seperti pulau nan indah, bilik yang cantik, bunga-bungaan, sinar bulan dan sebagainya.

Pasif
Wanita lebih menyukai fantasi di mana mereka bertindak sebagai penerima dan membiarkan diri mereka diperlakukan oleh pasangannya.  Tidak seperti lelaki, mereka lebih suka melakukan adegan seksual pada objek seksual yang dibayangkan dan selalunya adalah agresif dan di luar jangka.

Bersifat Emosional
Fantasi wanita lebih bersifat emosional, intim dan menghormati pasangannya.  Fantasi wanita ditekankan pada sentuhan, perasaan dan respons pasangan.

Sumber : 1dotspot.blogspot.com
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BlogSokmo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger