UMT Giat Tingkatkan Jumlah Pelajar Ijazah



KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini sedang giat menambah bilangan pelajar peringkat ijazah bagi memenuhi keperluan negara yang mensasarkan menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Naib Canselornya Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata UMT pada masa ini mempunyai 7,738 pelajar dengan 2,298 merupakan pelajar baru program ijazah sarjana muda sesi September 2012/2013.
“Kita perlu melakukan perbincangan dalam masa terdekat untuk meletakkan sasaran pelajar kita menjelang 2020. Pada masa ini kampus kita di Gong Badak mampu menempatkan 10,000 pelajar.
“Namun kita tidak terlalu ghairah ambil pelajar dan buat banyak program kerana jika kita mewujudkan beratus program tetapi hanya mampu menampung 10,000 pelajar, maka ia tidak sesuai,” katanya kepada Bernama di sini.
UMT kini menawarkan 26 program ijazah sarjana muda dan satu diploma iaitu dalam bidang perikanan. – BERNAMA
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BlogSokmo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger