MUMBAI, 26 SEPT 2012: Seperti yang semua sudah sedia maklum, bintang Bollywood meraih populariti daripada peminat. Namun, adakalanya kebanyakan peminat ini tidak dapat mengawal perasaan suka atau minat mereka terhadap bintang Bollywood yang tertentu.
Barangkali, itulah sebab mengapa Mallika Sherawat terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga apabila mempromosikan filem terbaru lakonannya, Kismet Love Paisa Dilli (KLPD) di seluruh India nanti.
Menurut sumber terdekat dengan aktres seksi tersebut, Mallika Sherawat yang telah pun mempunyai 15 orang pengawal peribadi telah meminta pihak produser filem tersebut untuk menambahkan lagi bilangan orang yang bakal ditugaskan menjaga keselamatannya.
"Mallika mahu 30 pengawal peribadi apabila dia menjelajah pelbagai kota untuk KLDP nanti. Sebabnya, dia tidak mahu perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku," kata sumber tersebut.

Sewaktu berbincang dengan pihak produser , Malikka telah memberitahu mereka bahawa menangani peminat bukanlah suatu perkara yang mudah. Malah, adakalanya ia boleh menjadi benar-benar rumit. Apatah lagi untuk selebriti wanita yang sepertinya.
Akur dengan kata-kata Mallika itu serta tidak mahu mengambil risiko yang boleh menjejaskan imej filem mereka, pihak produser filem tersebut dengan sebulat suara telah bersetuju untuk menambahkan bilangan pengawal peribadi buat Malikka.
Mallika bersama hero gandingannya iaitu Vivek Oberoi dikatakan bakal menjelajah beberapa kota seperti Jaipur, Delhi, Chandigarh, Pune, Ahmedabad and Bengaluru.

Sumber : murai.com.my