Pasal Putus Cinta, Remy Ishak Tiada Niat Berselindung




KUALA LUMPUR, 26 SEPT 2012: Tidak mahu berselindung mengenai kisah cinta mereka yang sudah pun berakhir sejak 3 bulan yang lalu itu, aktor Remy Ishak mengakui dia sebenarnya mahu mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan segalanya kepada pihak umum.
"Sebenarnya saya tiada niat hendak menyembunyikan mengenai status kami, tetapi saya akui perlu mencari yang sesuai untuk memberitahu kepada umum tentang kami dan inilah masanya.
"Lagipun saya mengambil keputusan untuk membuka mulut kerana, saya fikir sampai bila hendak berselindung, lambat laun orang akan tahu juga. Saya tak mahu nanti bila masing-masing sudah ada orang lain, peminat akan bercakap dan membuat spekulasi yang bukan-bukan," katanya kepada murai.com.my selepas tayangan preview Hantu Kapcai di Cathay Cineplex, malam semalam.
Remy Ishak yang sebelum ini telah pun mengesahkan tentang status perpisahan mereka, dikatakan turut meluahkan rasa kecewanya mengenai hak tersebut di akaun Twitter miliknya.
Pun begitu, Remy enggan membicarakan mengenai punca berkahirnya hubungan cinta mereka, sebaliknya memberitahu hubungannya bersama Tiz Zaqyah masih lagi baik, malah mereka cukup bersikap profesional kala menjayakan penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi.
"Alhamdulillah sekarang ini kehidupan saya semakin baik. Saya rasa sudah tak ada apa nak komen lagi berkaitan hubungan kami. Hubungan kami pun mungkin sampai di situ sahaja. Tetapi kami masih lagi berkawan seperti biasa dan bersikap profesional untuk penggambaran drama Cinta Jangan Pergi. Saya juga tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengannya selepas ini," luah Remy Ishak lagi.
Cinta Remy dan Tiz yang mula berputik selepas bersama-sama sejak menjayakan drama bersiri Nur Kasih itu hanya kekal lebih setahun yang lalu.
Dalam perkembangan terbaru Remy, dia bakal muncul dalam filem Hantu Kapcai bersama pelakon lain seperti Zizan Razak, Fizz Fairuz, Neelofa dan ramai lagi pada 27 September ini.

Sumber : murai.com.my
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BlogSokmo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger