Menyamar Menjadi Juruterbang Untuk Naik Pesawat Percuma

Gambar sekadar hiasan

ROME: Seorang penganggur berpakaian seperti juruterbang sebagai helah menaiki kokpit bagi mendapat penerbangan percuma, kata polis semalam.
Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Caselle di Turin apabila kad pengenalan digunakannya mencurigakan. Bagaimanapun, sebelum ditahan, lelaki terbabit sempat menaiki penerbangan secara percuma dari Munich, Jerman ke Turin, April lalu. Sumber polis Itali berkata, dua juruterbang yang mengendalikan pesawat syarikat Air Dolomiti itu berkata, lelaki terbabit tidak menyentuh sebarang suis sepanjang berada di kokpit berkenaan. Kes itu mengingatkan orang ramai kepada Frank Abagnale yang menyamar sebagai juruterbang sebelum ini dan menjadi inspirasi kepada filem Hollywood, Catch Me If You Can. Polis berkata, mereka menjejaki lelaki itu – mendakwa bernama Andrea Sirlo di Facebook – selama beberapa bulan sejak mendapat maklumat mengenainya. Penyiasat berkata, dia mengaku dia juruterbang komersial yang dinaikkan pangkat sejak muda dan ia mencurigakan pihak berkuasa. – DM
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BlogSokmo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger