Pemain Bola Sepak Islam Yang Pemurah


Pemain bola sepak yang menggunakan gajinya untuk menyelamatkan masjid



Ini adalah kisah mengenai seorang pemain bola sepak Islam yang patut kita contohi. Beliau, Frederic Kanoute telah menganut Islam sejak berusia 22 tahun. Kira-kira pada tahun 2007, Kanoute membayar lebih daripada $700,000 ataupun hampir setahun daripada gajinya untuk membeli, ataupun dengan kata lain menyelamatkan sebuah masjid di Seville yang hampir-hampir ditutup.





Frederic Kanoute tolak pakai jersi logo judi

Kanoute  merupakan bekas kapten untuk pasukan negara Mali. Beliau dilahirkan di Perancis, mempunyai ibu berkerakyatan Perancis dan bapa berkerakyatan Mali.
Semasa bersama Sevilla beliau telah mencetuskan kontroversi dengan menolak untuk memakai jersi Sevilla yang mempunyai lambang syarikat perjudian 888.com. Sevilla akhirnya akur dan memberi jersi khas untuk Kanoute.
Kanoute juga aktif dalam aktiviti kebajikan. Beliau telah menubuhkan “Kanoute Foundation” bagi membantu kanak-kanak miskin di seluruh dunia. Beliau juga turut menubuhkan Mali children Village bagi membantu kanak-kank di negaranya sendiri.



Sumber : terbakor.com

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BlogSokmo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger