Sony Jual TV RM99,000



SONY Malaysia Sdn Bhd (Sony) memperkenalkan televisyen LCD Bravia jenis 4K terbesar di negara ini bersaiz 84 inci yang dijual secara eksklusif apabila hanya 10 unit saja dipasarkan tidak lama lagi.
Teknologi 4K yang bermakna 4,000 piksel dikatakan menawarkan imej lebih jelas berbanding definisi tinggi (HD).

Pengarah Urusannya, Kikuo Okura berkata, ia bakal menilai pasaran televisyen 4K di negara ini dalam usaha menawarkan teknologi baru kepada pengguna.
“Saya yakin televisyen ini menepati cita rasa dan sesuai dengan gaya hidup pengguna kerana ia direka dengan gaya, fungsi serta teknologi terkini," katanya pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, televisyen terbabit menampilkan kekuatan saiz, audio yang lebih jelas dan warna imej terperinci.

“Televisyen LCD Bravia didatangkan dengan panel skrin 8.29 megapiksel atau 52ppi yang bermakna pengguna bakal memperoleh resolusi empat kali lebih baik berbanding HD Penuh standard di pasaran,” katanya.
Menurutnya, jumlah 10 unit yang kecil ditentukan pihak Sony di Jepun yang memperuntukkan jumlah TV perlu dipasarkan di negara tertentu.

“Kami cuba membawa lebih banyak produk sama dan saiz yang berlainan, namun ia masih belum ditentukan sekarang,” kata Okura.
Televisyen LCD BRAVIA 4K terbabit dijual pada harga RM99,000 seunit.

Sumber : harian metro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BlogSokmo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger